Setiap kedai disahkan sebelum dibuka
Beli terus daripada ustaz dan ustazah anda.
Kitab, kuih raya, telekung dan barangan lain yang dijual sendiri oleh guru yang anda kenal. Bayar dengan FPX, wang terus sampai kepada mereka.
Kedai yang disahkan
Untuk asatizah yang berniaga
Pembeli anda datang kerana mereka mengenali anda, bukan kerana iklan platform. Di Souq, yuran setiap pesanan ditetapkan dan tidak berubah-ubah.
- 1
Daftar dengan e-mel
Tiada kata laluan. Kod log masuk dihantar ke e-mel anda.
- 2
Hantar bukti mengajar
Tauliah atau surat daripada institusi tempat anda mengajar.
- 3
Kongsi pautan kedai
Selepas disahkan, kongsi souq.rijal.my/nama-anda di WhatsApp dan Telegram.
Potongan bagi pesanan pakaian RM100
| Shopee (fesyen, tanpa Cashback) | RM19.44 – RM22.68 |
| TikTok Shop (fesyen, tanpa BXP) | RM19.23 |
| Souq, pelan Asas | RM6.00 |
| Souq, pelan Pro | RM3.00 |
Anggaran berdasarkan kadar yang diumumkan Shopee (14 Ogos 2026) dan TikTok Shop (31 Okt 2026), termasuk SST. Pelan Pro (RM39.00 sebulan) lebih jimat apabila jualan melebihi RM1,300 sebulan.